sidebannerleft

“Pemulihan dalaman dan luaran, fizikal dan hormonal, dengan produk dan bahan bahan 100% semula jadi”

FrontBanner

Mengapa Penjagaan Selepas Bersalin Penting?

Mengandung dan melahirkan adalah satu pengalaman yang ajaib bagi semua ibu-ibu. Namun, dalam kegembiraan mengalu-alukan ahli baru dalam keluarga, ibu-ibu sering mengabaikan keperluan mereka sendiri. Perlu diingatkan ibu-ibu memainkan peranan penting sepanjang proses kehamilan dan kelahiran. Hospital-hospital bersalin tertumpu hanya pada jagaan sebelum bersalin dan tidak pada penjagaan selepas bersalin. Ibu-ibu perlu sedar bahawa kecuaian kesehatan fizikal dan emosi semasa mengandung dan selepas bersalin boleh membawa kepada jangkitan, kemurungan selepas bersalin dan kesan sampingan jangka panjang.

Tidak tahu di mana untuk bermula?

Set Bersalin TANAMERA membantu anda meletakkan penekanan pada diri sendiri untuk berehat, pulih sepenuhnya dan segar semula selepas mengandung dan melahirkan anak. Seorang ibu yang sehat dan segar akan lebih bersedia menghadapi ahli baru dalam keluarga.